~TiK..ToK ~

Cuteki cute

Friday, April 11, 2008

Fadhilat Jumaat

Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."

Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."


Thursday, April 10, 2008

Ketenangan Hati...

Salam to all..



lama betul da x update blog. Bkn xde citer,tp masa yg tak izinkan..

dan hari ni cam tergerak hati + ade kelapangan, blh la share apa yg aku rasa 2-3 menjak nih.



Aku just nak share ngan u all wht im feeling 2-3 weeks before.tp klu nak terangkan secara zahiriah nih,susah tul...tp yg pasti dugaan+ujian datang menduga hamba Allah nih. Sampai satu tahap aku just nak mengalah,padahal ade jalan utk aku selesaikan nya.

thanks to all yg support aku,my boss,my sister+ lyenda.Love u Allz...



Bln lps aku tension sgt2..smpi rs cam x tertanggung nak pikir sorg.Nak citer kat org, segan plak.Tp org sekeliling aku byk bg sokongan pd aku.and i really2 appreciate that.:)

berkat kata nasihat dr org2 tertentu, aku balik fikir,balik renung...dan aku realize yg bkn aku je yg paling malang kt dunia nih. and 1 more thing, jgn amik peduli apa org nak ckp, kdg2 ckp2 belakang org yg buat aku rs lemah.



aku balik mintak permudahkan jalan hidup aku,dan Alhamdulillah Allah dah bg petunjuk yg jelas pd aku.2 sumber yang aku x sangka buleh buatkan pandangan aku dah kembali terang..hehehehe...Alhamdulillah



dan skrg aku kembali normal..sometime klu ade hal yg stress yg buat aku tension,aku selalu igt boss aku ckp.."klu pk kita susah,ade lg org yg susah dr kita"...:)betul kan..

so skang aku dah jd org yang positif..positif pd diri sendiri.Apa yang terjadi mesti ade hikmah nya.Hope so...



Ketenangan diri adalah sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan kita. Justeru itu, carilah ketenangan itu dan apabila kita telah memperolehinya nescaya kita akan dapat merasai kemanisan beribadah kepada Allah serta keseronokan untuk berbakti sesama manusia.



sama2 kita renungkan...ADIOS....^^(--)^^