Pages

Tuesday, February 7, 2012

Lawatan Pemeriksaan mama hamil..(petikan dari Pa & Ma Edisi Feb 2012)

Salam kawan2..post kali ni i just nak share apa yg i ada baca dari majalah Pa & Ma edisi Feb 2012..mungkin berguna kepada bakal2 ibu baru mcm i ni..:) 

Pengalaman semasa hamil memang menyeronokkan. Melakukan pemeriksaan antenatal merupakan salah satu kenangan terindah buat seorang ibu.

Tahukah anda, sebaik mengetahui diri positif hamil, pemeriksaan antenatal samada di hospital kerajaan mahupun swasta mesti dijalankan.

Kekerapan pemeriksaan antenatal bergantung kepada jadual klinik antenatal dan nasihat doktor anda. Sebaiknya anda mulakan pemeriksaan antenatal di klinik lebih awal iaitu pada minggu ke-8 kehamilan.

Jika anda ibu pertama kali hamil, lazimnya memerlukan 10 lawatan antenatal iaitu minggu ke-16 atau sebelumnya, 18-20, 25,28,31,34,36,38,40 dan 41- jika belum lagi bersalin.

Kekerapan pemeriksaan antenatal ialah setiap bulan sehingga bulan ke-7, setiap 2 minggu pada bulan ke-8 dan setiap minggu pada bulan ke-9.

INFO PENTING:
1. Disarankan lawatan pertama sblm 4 bulan (minggu ke-16), lawatan ke 2 pada 6-7 bulan (minggu ke-24 sehingga 28), lawatan ke 3 pada 8 bulan (minggu ke-32) dan lawatan ke 4 pada 9 bulan (minggu ke-36).

2. Tekanan darah normal sewaktu hamil ialah 120/70 dan doktor akan memberi perhatian sekiranya tekanan melebihi 140/90.

Sunday, February 5, 2012

Lunch utk suami tersayammm...

Salam kwn2,

Malu waseang nak taip post kali ni...tp tu la saje nak update sbb 1st time i masak kari ikan sakning utk lunch..tanpa tanya chef shakirah aka adik i yg mmg terror masak kat ganu tu, i dgn confident nya masak kari ikan utk suami tersayam..hahaha punya la cuak kalau2 jadi mende lain atas dapo tuuu...

lps siap msk and dah rasa kari ikan tu...selera tekak i ni kata cam dah ok laa...hahahah padahal sedap kan ati je kata gtu..pastu nak tambahkan sket lauk ari ni, i just goreng telur dadar je penambah rasa kalau2 kari ikan tu FAIL..hahaha punya la x confident tuan punya badan ni..

time nak makan, encik suami kata.."emm look nice"..hahah dlm ati "don't judge a book by its cover encik suami"..hahahah dah makan tu, dia pun komen la, ok not bad kari ni..cuma dia tu bkn fan of fish so dia kata next time kalau masak kari gini, tukar ayam lak..hahahah ok la encik suami, u dah puji pun dah kira okeyy!!...

ok lah, lps ni bertekad lah nak improve my skill utk memasak..sejak2 ade penghuni kecik dlm peyut i ni, selera kadang2 pusing2..kejap nak mkn tu, kejap nak makan ni..plak tu slalu je nak mkn jenis2 mskn t'ganu..nak cari kat kl ni, bkn seme tempat sodap plak tu...

tadi hajat ati nak amik gmbr kari ikan tu...tp ku batalkan hasrat sbb mcm x layak je utk ltk gmbr tu dlm ni..kah3 nanti bila i dah terror msk sket, i amik gmbr2 mskn i and i post kat sini ok..:)

ok, nak stop smyg asar sat..sblm say BYE, nak ucapkan salam Maulidur Rasul utk semua rakan2 dan juga sape2 yg membaca entry kali ni...ok ADIOS AMIGOS..

Monday, January 30, 2012

Anugerah Juara Lagu ke-26

Hye!!

Baru je lepas abis tgk anugerah Juara Lagu ke-26 tadi..saje nak kupas sket apa yg jadi sepanjang siaran berlangsung..hehehe mcm reporter plak kan..

Bagi I, Anugerah Juara Lagu kali ni BEST! pentas yg cantek, lighting pun mmg bombastic ah! suke..suke..kih3 lps ni mesti TV3 dpt byk kritikan dan pujian utk anugerah kali ni kan..lagu2 yg bertanding kali ni pun boleh tahan..best..

lagu2 yg tersenarai dlm anugerah kali ni. :-


Bertemakan AIR..sgt sejuks oK!! hahah =)

1- Kalau Berpacaran ( Shohaimi , Ana Raffali dan Altimet ) - ok2 je..heheh
2- Karma ( Faizal Tahir ) - bhgn piano terbakar tu ok gak! (No.3)
3- Penakut ( Yuna ) - suka gaya & pakaian yuna. STYLO!
4- Sedetik Lebih ( Jacklyn Victor ) - suara mantop..:)
5- Awan Nano ( Hafiz ) - JUARA!!! & Vokal Terbaik - Pakaian plg sempoi sepanjang JUARA LAGU ever! hehehe
6- Cinta Muka Buku ( Najwa Latif ) - alahaiii adikku..lagu mu mmg sweet 16
7- Wanita Seluruh Dunia ( Project Pistol ) - x gemar ngt lagu ni w/pun i pun wanitaaaa...hehe
8- Beribu Sesalan ( Ning ,Shila ,Jacklyn ) - persembahan yg mantap dgn gabungan suara yg BEST.(No. 2)
9- Kekanda Adinda ( Atilia , Monoloque ) - ok2 je..
10- Sungai Lui ( Aizat ) - suka ngan sand art tu..sape nama bdk yg lukis tu yee..hehehe
11- Kisah Hati ( Alyah ) - ni mcm music box..heheh patung pusing2 gtu..(persembahan t'baik)
12- Gadis Semasa ( Yuna ) - suka warna baju yuna..tp tang tudung tu x b'kenan sket..:)

Amacam?? ok tak result utk tahun ni?? bagi i, not bad laa kan.. bcoz persembahan Hafiz tadi wpun sempoi, tapi lagu ni kalau di dalami maksudnya mmg best dan mendalam..kann..


JUARA LAGU KE-26 
AWAN NANO - HAFIZ

Mengikut kata Faizal Ismail dan cheryl samad tadi..NANO tu diambil dari perkataan dari Johor iaitu "Berselerakan"..heheh tapi kalau kwn2 dari T'ganu..mesti penah jgk guna perkataan NANO ni kan..kalau org ganu kata "wakpe la yg NANO sgt ni???"..NANO bagi bahasa ganu bermaksud nakal atau x bleh duduk diam gtu..mcm kalau bdk2 yg nakal atau yg jenis xleh duk diam tu..boleh guna pakai la perkataan ni..:) hehehe unik nya kan bahasa2 di negara kita ni..


oklah, dah panjang lebar plak mengarut mlm ni..ni kes mood AJL x abis lagi..sekali lagi tahniah kepada pemenang2 dan kpd yg x menang, hope u guys have fun dan gumbira selaluuu..


okies..adios amigos
Enjoice!!!...wait for my next entry ok!...bye2

Saturday, January 21, 2012

Baby :) wink wink

Morning all..skang dah kul 12.20pm...tp gatai lak tangan nak menaip kat blog yg dah setahun menyepi nih..hehhe jgn maree arr.kalau dah mls kan,nak mengarang kat blog pun mmg x jalan arr..

kalau sape2 yg perasan, blog ni dah bertukar wajah.ok x??sila komen sket cantek ke x wajah baru blog ni..heheh sempena tahun baru 2012 ni, berazam sgt utk jd yg lebih2 baik dr tahun2 sblmnya..nak jadi isteri yg terbaik utk suami dan juga insan yg boleh gembirakan org sekeliling..Amin

kalau kwn2 nak tau, Alhamdulillah.. skang sy dah disahkan hamil..baru je 7 minggu. ramai kwn2 yg bg advice and petua2 sepanjang hamil ni..TQ so much yee.love u sooo much. insyaAllah akan ikuti segala petua2 tu. :)

2 hari lepas dah p check up kat Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju.Doc pun dah scan dan dah nmpk heartbeat si kecik dlm perut ni..gembira x terkata rasanya..heheh maklumla 1st baby kan.Alhamdulillah, doctor pun sgt baik & friendly.next apptment kita jmpa lagi ye doc..ehehhe

ok lah friends..nak out dlu..nanti sy rajin2 kan diri utk mengarang lagi for next entry k..rajin2 kan la jgk kwn2 utk jenguk2 blog sy yg x seberapa ni..heheh



sempena sambutan CNY yg akan dtg 2 hari lagi..nak amik kesempatan jgk utk ucap Selamat Tahun Baru Cina kepada kwn2 yg menyambut nya..kpd yg akan balik kg..berhati-hati dajalan raya OK..Ingatlah orang yg tersayang..ok..Adios!!!!

Monday, January 17, 2011

Journal...

Salam....

ohh my...setelah sekian lama x bukak blog ni! sgt rindu nak menulis kembali dalam blog ni...camna ngan tahun baru ni kawan2..??aku lak,tahun baru ni dimulakan dengan kisah2 yang best2 je..alhamdulillah...yg menjadikan tahun baru ni lain sket dari tahun2 lepas..sbb skang aku dh jadi wife kepada Mr Waqar Hashmi..heheh dan esok aku dh cukup 4 bln bergelar sbg sorg isteri..ahaksss...(sgt gediksss)..:)


skrg jgk aku jadi seorg Independent Beauty Consultant utk Mary Kay, Malaysia.pengalaman sbg BC sgt best...dapat kwn2 yg best,dpt pengalaman baru, dpt juga menambah pendapatan dan jugak mengisi masa2 aku skang...aku sangat gumbiraaa...smlm aku br je blk dr t'ganu..balik sana sbb buat kelas penjagaan kulit dan mekap...terima kasih kat guest2 kat Setiu dan jgk Ajil..:)

16 Januari 2011
Thanks to all guests..enjoy and we had fun there...:)

Sdg buat penerangan about Mary Kay product n how to take care of our skin...

Setiu's guest..sgt bestt....

Alhamdulillah perjalanan aku dlm Mary Kay telah bermula dan InsyaAllah semoga Allah permudahkan segalanya dalam hidupku..Amin..:)

Tuesday, October 6, 2009

Peluang

Kadang2 peluang tu dtg sekali je..
Kadang2 kita x sedar kita dah lepaskan peluang tu..
Kadang2 kita x sedar pun yg tu lah aje peluang yg kita ada...
Kadang2 kita sesal sbb x guna peluang yang ada...

Aku harap peluang yg pernah ada dan peluang akan dtg..dah/akan aku gunakan n x sia-siakan...insyaAllah.

Aidilfitri 2009

Dah 17 syawal hari ni..dah lama gak x update blog nih..x ckp masa utk update dis blog. nak citer psl raya pun,sbnrnya xde pe sgt nak share.sbb raya tahun ni xde p jln mana2 pun..just stay at home coz my mum x berapa sihat nak beraya + aku cuma cuti raya 2 hari..means hr raya ke-3 i went to office already..heheh..rajin kan..maklumla..staf baru kena la bg boss cuti dlu..

tp hr raya br2 ni ramai sanak sedara dtg umah n kwn2 mak pun.ramai yg dtg beraya + ziarah mak kesayangan aku. 2 hr b4 raya mak br leh kuar hospital..n lps tu br aku p carik kuih2 raya tunjuk kat k.trg.thn ni mmg xde buat kueh raya mcm b4.xpelah,kuih tunjuk lg cepat nk siap..ke gane.hehe
thn ni gak,tmbh sorg ahli keluarga baru..bkn anak sedara ke apa..tp sorg cousin aku yg mak aku jaga.so keluarga aku skang ade adik kecik la..yg kdg2 menjadi mangsa buli aku.kih3..ampun yee ady. thn ni baju raya pertama seme tema biru.nanti aku upload sikit gmbr utk tatapn kwn2 seme ye..

smlm gak br mak leh kuar hospital. plan utk 2nd kimo xdpt nak buat. next week plak kena p hospital.hrp2 next week blh buat tnpa ade apa2 mlsh.kesian kat mak.harap2 mak cpt sembuh dan moga Allah dengar doa aku agar mak dipanjangkan umur dan kuatkan semangat mak n adik-beradik aku dan aku jgk.kwn2 pun hrp2 doakan kesihatan mak aku agar sentiasa berpanjangan ye..

ni sikit gmbr ms Aidilfitri utk tatapn kwn2 seme..hehe

dari kiri berdiri:man,abg uzir,mak,aku,k.long

dari kiri duduk:ikha,ijat,ady n k.chik


ni ady n mak..