~TiK..ToK ~

Cuteki cute

Tuesday, August 28, 2007

Renungan...mmg sedih...

em ni aku nk kongsi satu cerita dr kwn aku yg m'ngajar kat satu sekolah di pedalaman Sabah.mmg menyayat hati.aku agaknya x setabah budak ni...sob..sob...





Dari `bumi yang indah ini' kudoakan kerahmatan dan kebahagiaan yang berkekalan buat kalian semua…..

Jika sblum ini kita begitu asyik untuk membicarakan soal pengorbanan,suka duka..jerit perih guru..tidak kira samada guru diBandar atau di pedalaman..tetapi sama ada kita sedar atau tidak atau sengaja kita buat2 lupa…pernahkah kita terfikir untk membicarakan tentang pengorbanan..keperitan..'jerit tangis".. anak2 didik kita??anak didik yang mungkin "terpinggir dan tersepit"di celah2 deretan setinggan.. atau permata Negara yang `terpinggir' nun jauh dibelantara??

Hari ini aku ingin berkongsi dengan kalian..kisah seorang serikandi `anak gadis suku kaum Bisaya'….namanya adik Darwinie Farinaak Light…beliau bukan secantik para "jelitawan"..bukan dari golongan bangsawan..beliau hanyalah seorang anak penoreh getah..IKHLAS sebagai seorang insan yang semakin meniti `dewasa' aku amat mengaguminya..kenapa??..aku kagum dengan "keazaman,semangat juang,akhlak dan segalanya..dan sesungguhnya anak kecil ini secara praktikalnya banyak mengajar aku bagaimana cara "menghargai dan menghormati" insan lain..


Tahun lepas buat pertama kali dalam sejarah masyarakat disini..kami berjaya melahirkan seorang pelajar 5A..kalau dibandar mungkin ungkapan 5A tidak membawa makna yg begitu besar..tapi bagi kami di sini, ia adalah sesuatu yg cukup " luar biasa"..ia adalah kejayaan yang amat "besar".. ia menjadi pengubat "kami" untuk melupakan sejenak "segala kekurangan" yang ada..Lebih manis kejayaan ini milik anak gadis "kental" yang tidak pernah kenal erti putus asa , yang "kehidupan malamnya".. hanya ditemani "cahaya" dari pelita minyak tanah


Aku ingin bawa kalian menyoroti kisah hidup anak gadis ini..rutin hariannya bermula jam 6pagi..dalam kedinginan subuh anak gadis ini berjalan kaki hanya ditemani seorang murid perempuan(adik Jessica sambat ..thn 5 skrang)dan seekor koyote(anjing jantan) meredah denai belantara…perjalanannya memakan masa lebih kurang satu jam..pernah sekali aku melalui denai itu…ya Allah aku hanya mampu "menggeleng kepala".."kubang babi" di merata-rata tempat…bolehkah kalian bayangkan suasana itu??(dengan segala kemungkinan yg tidak baik mungkin berlaku dlm belantara itu)..jika aku berada ditempatnya dalam usia yang sedemikian.. besar kemungkinan aku "tewas" dalam perjuangan itu…dan sepanjang aku mengenalinya,aku tidak pernah mendengar sebarang"keluhan" dari anak kecil ini..dia orang yang pertama tiba kesekolah..dia orang pertama yang bantu aku untuk menyediakan makanan dan air utk hidangan "RMT"….dan dialah selalunya menjadi orang `pertama' dalam segala hal..Dia lahir dalam sebuah kelurga yang berpegang kuat pada ajaran kristian Katholik..tetapi akhlaknya ..MasyaAllah..jika semua murid Islam lain disini boleh mencontohinya..aku yakin dengan sepenuh hati, kami yang "terbaik"….pernahkah kalian berjumpa seorang budak setiap kali bila berjumpa para guru..sanggup "membongkokkan badan" tanda hormat untuk sekadar mengucapkan selamat pagi,tengah hari atau petang...pernah kalian jumpa seorang budak yang menjadi "penunggu" setia di tepi pagar sekolah (tiap-tiap pagi walhal aku x pernah suruhpun…) semata-mata menunggu untuk mengambil bekalan makanan yang aku bawa dari pekan..dan paling buat aku "terharu dan menyentuh hati nuraniku hingga ke saat ini "


..dan `mungkin' tidak akan aku lupakan sampai akhir hayat aku..anak gadis miskin harta tapi kaya hati budi ini sanggup kumpul duit selama 4 bulan lebih..semata-mata untuk membelikan hadiah buat `semua' guru pada "hari guru" 2006….sedangkan pada hari aku terima hadiah itu aku sempat melihat "ibu jari kakinya"keluar dari kasut "Buruknya"….masyaAllah alangkah bertuahnya jika aku dikurniakan "permata hidup seindah akhlaknya"…Tahukah kalian apa hadiah yang aku terima dari anak gadis Kristian Katolik ini..?? sekeping kad ucapan "kreatif"yang dibuat sendiri(menggunakan kad manila dihiasi gambar `kartun dan bunga' dari majalah terpakai)" khas buat ustaz mohd effendi..selamat hari guru..terima kasih kerana mendidikku tanpa mengenal erti penat jemu"..dan sebuah Bingkai Kaca yang tertulis ayat suci Al Quran (x terlintas difikiranku untuk menerima "benda"' seumpama ini dari seorang penganut kristian)..ayat 25 dari surah asy-Syura…yang mafhumnya lebih kurang begini bunyinya.."dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambanya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.. dan buat pengetahuan kalian inilah hadiah paling "berharga" pernah aku terima setakat ini (bukan kerana harga..tapi sentimental "value"nya)..aku letak bingkai ni disebelah tempat tidurku..supaya aku boleh melihat nya setiap kali aku bakal melelapkan mata ini atau diberi kesempatan untuk bangun menghirup udara keesokan paginya….


Dan awal tahun ini aku sempat bertemu dengan "serikandi" ini..dia ada beritahuku dia mendapat tawaran ke SBP.. Di Miri..tp tawaran itu terpaksa di tolak kerana kesempitan wang..dalam ceria dan petah tutur bicaranya..dia sempat katakan sesuatu padaku.."xapala ustaz..dimana jua saya berada ..jika saya terus berusaha saya tetap akan berjaya"….sebuah kata keramat mungkin buat "dirinya".. walaupun pada hakikatnya ada nada "sebak" dihujung bicaranya….…...terima kasih tuhan kerana memberiku peluang "mengenali" insan seperti dirinya…..


Ini mungkin "perkongsian" terakhirku untuk sahabat semua..bukan apa.. malas aku nak ungkit "asam garam" kat sini..mohon maaf jika ada terkasar bahasa tersilap bicara..(terima kasih kepada cikgu@ustazahjunainah kerana "mengejutkanku' dari lena yangpanjang...cikgu…. ..CIKGU adalah "MURABBI', "MURSYID","MUADDIB",MUDARRIS", "MUALLIM")… tahu doh kan apa beza setiap "konotasi"ini? ..hehe..mungkin Ustaz Ekhwan, Ustaz Zaidan, Ustaz Lutfi,, boleh tolong jelaskan plak…Rasanya cukuplah 2 coretan untuk menggambarkan segalanya tentang `perjalananku' di sini....perjalanan yang cukup perit pada zahir tapi cukup indah kesannya pada "batin"..suatu hari nanti aku mungkin akan meninggalkan bumi `tarbiah ` ini..tapi sebelum ianya menjadi suatu yang `realiti'..aku akan sentiasa berdoa pada tuhan..moga aku diberi kekuatan, keazaman dan jiwa yang "tenteram"untukku "bentuk"satu generasi baru disni…generasi "Rabbani" yang sekurang2nya mampu mengalunkan bacaan ayat2 suci Al Quran..di kala terbitnya fajar dan terbenamya matahari….insyaAllah.."Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempa tberhijrah yang banyak dan rezeki yang "makmur"..dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah danRasulNYA, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah MahaPengampun, lagi Maha Pengasihani…(surah an nisaa':ayat 100.)



emm sama2 la kita amik iktibar dari cerita yg mmg byk membuka minda aku..yg kdg2 x rs syukur dgn apa yg ada skang..pdhal ramai lg yg nasib mereka lebih malang yg masih terima hidup mereka sebagai dugaan dari yang Maha ESA.

Monday, August 27, 2007

Nisfu Syaaban..

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam

kehilangan...

kehilangan...
pernah tak korang kehilangan mende atau seseorg yg korg sayang??macam aku hr ni..aku dah kehilangan seseorg ..tp kadang2 kita kena lepaskan sesorg tu sbb mmg kita patut buat mcm tu kan...sedihh nya..tp aku kena wat camtu..kejam ke aku nih..jahat ke aku nih..tp klu x wat camtu..sampai bila lagi kan...
tp aku rs the best way..mmg kena wat decision mcm nih..w/pun aku rs dia terluka skrg..tp luka skrg lg ok dr luka yg akan dtg kan..boleh ke..pasangan yang bercinta..tp bercinta tanpa cinta..atau cinta sebelah pihak jer...
fuhhh...penat nye otak aku nih..
boleh ke kita couple sbb kita kesian kat psgn kita..atau kita just "pupuk" sayang kita tu..sbb syg dan cinta xde dlm hati kita ni....susah kann..
mmg aku dah lukakan hati dia buat kali kebrp..aku pun x igt..tp ini keputusan plg betul dlm idup aku kot yg aku penah buat..IM SORRY...tp aku mmg x nak buang masa dia for nothing...dan harap dia lebih bahagia lps nih...dan aku pun lebih HAPPY..hope so..
ishh..rs nk blk kg lah..klu bleh tgk muka mak kejap pun x pe dah..klu tgh sedih..tgh ade mslh..tgk muka mak kejap pun...dah leh lega sket..betul x...
- mmg aku x leh nk tarik dah decision yg aku buat..dia da btl2 "TERLUKA"...im so sorryyyy...:((

YA ALLAH..permudahkan jalan hambamu ni...AMIN... <<(--)>>

Saturday, August 18, 2007

Tempahan..kih3

rs ngantuzz ngat pagi nih..1 mlm duk masak utk tempahan si zaidi..tempahan utk makan Nasi Hujan Panas..(sape la yg bg nama nasik ni)..nasib la xde nasik ribut petir lak..heheheh...kali ni tempahan utk 60 org jer..tp tu pun da kelam kabut kat umah..hahahah..

ptg smlm..blk keje p Giant jap..beli brg2 nk msk mlm td..1st time beli ayam sampai 5 kilo lbh..mcm nk raya jerk..:)..nasib la my sis ade..mmg menyumbangkan tenaga yg byk..nk siapkan mkn utk 60 org tu..blk umah lbh kurg kul 8.30pm..

smpi2 umah..get ready nk potong ayam..basuh ayam..pastu perap sekejap..nanti nk goreng dulu..akak i sibuk potong bahan2 nak wat acar..(timun,carrot,kubis,bwg,cili,etc)..hehehe..adik i duk menyibuk je...tolong nye idak..:)dah siap perap..time nk goreng..(bab ni yg buat sakit pinggang)..sbb kuali x besar sgt..maklum la org bujang..akak i plak dah settlekan bab2 acar tu..dia amik tugas wat sambal utk ayam plak..ni pun 3 kali msk..(mslh kuali gak)..hahahaha...habis goreng2 seme + sambal ngan acar...n satu lagi..wat puding buah..(resepi mak dr kg)..heheheh..smlm siap wat keje seme kul 3.30am..

kul 3.30am msk tido..dah set alarm kul 6am..sbb nk msk nasik plak..tp terlajak gak smpi kul 6.30am br bangun..bangun p solat subuh..terus p dapur..masak nasik plakk + masak kan ayam + sambal..

puding yg buat smlm dah cantik dah..pastu amik cocktail fruit..letak atas puding tu..emm boleh tahan..maklumla br bljr...bab nasik plak..(mslh periuk org bujang)..kecik sket..so byk kali gak proses nk msk nasik..5 kali msk..

heheheh..lps nasik msk..seme yg lain dah msk bekas..so last skali..msk kan nasik dlm bekas lak..dah settle..

mak aku pg2 dah kol..tanya nasik ok tak..lauk ok tak..heheh..dun worry mum..anak mak ni blh tahan la (sbnrnya byk k.long yg msk)..hahahahaha...so pg td..dah msk kan seme tempahan msk dlm kete..p keje pun smpi opis kul 9.30 td..sorry boss..msk lmbt sket..terkejar2 plak pg nih..

emm td seme bdk2 opis dah merasa nasik hujan panas (trg mali)..eheheh..resepi turun temurun..kih3..emm alhamdulillah dah abis pun..so utk percubaan kali ni..mcm berjaya gak..so sape2 yg nak merasa nasik hujan panas buatan cik naszriza + my sis..boleh hubungi melalui pos..surat layang..telegram..dan seangkatan dgnnya..blackmail diharamkan..heheheheh...

neway...wpun aku ngantuzz sket ari ni..tp hepi..sbb dah berjaya utk percubaan kali ni..msk nasik ujan panas utk 60 org..blk nanti..1st thing nk wat..ZZZZZZZ dulu..:)td duk kalut2 lupa nk amik gmbr nasik ujan panas tu..heheheheh...

ni ade pantun sekarat nih..hahaha..sekerat ke..sekarat arrr..:))

hari ni hari sabtu..
tulat plak hari selasa..
blk ni tido dulu no satu
esok2..x tau lagi nak wat apa..

hehehe..pantun tunggang langgang tuh..<<(--)>>
k adiosssss....


Friday, August 17, 2007

muhasabah diri

:-< urghhh...ape ungkapan yg nk digambarkan perasaan time nih..berserabut..sunyi..sayu..mcm2 mende ade dlm kepala ni..tak terluah rsnya..fikir tentang kehidupan..ttg ms depan..ms lampau..mcm2..

kdg2 terpk apa yg dah aku buat dlm hidup nih..selain dr hari2 lalui mende sama..pegi keje..blk keje..duk umah..pk ms depan..mkn..tido..hidup ni boring kan..tp istilah boring dlm kehidupan nih..adalah utk org yg x pandai nk manfaatkan masa dan ruang yg ade utk sesuatu yg bernilai..ya Allah..berikanlah cahaya disegenap ruang dan masa yg telah diberikan kepada hambamu ni..."mungkin aku contoh hamba2 NYA yg x pandai nk manfaatkan ms dan ruang yg telah DIA berikan"..:((

kadang2..tengok life org sekeliling..terdetik dlm hati..bestt nya jd mcm dia..tp kita x sedar yg setiap org ade life masing2..dan life tu seme x sama..mungkin pd ms yg sama..ade org lihat diri kita dan kata..best nya boleh jd mcm dia..betul x...

aku selalu b'fikir..smpi bila idup nak mcm nih...ms depan nanti..mcm mana la idup aku..sape la yg akan hadapi hr2 mendatang bersma aku..persoalan2 nih la yg slalu sgt berlegar dlm kepala otak aku 2-3 menjak nih..kdg2 rs nak jer..hentikan jap masa..pastu nk tukar jd org lain..jadi org yg org tak tau kisah silam aku..kisah hidup aku..totally different..kenal org baru..hidup baru..tp mustahil kan..

baru je jap td aku ade baca blog kwn aku..something yg sedarkan aku sesuatu..tentang pencarian..tentang persoalan..tentang kehidupan..tp still aku x dpt jawapn...mcm mana nihhhh...berkenaan ngan jodoh hidup..tgk org kahwin..rs nk kawin..tp betul ke hidup lps kawin menjamin kebahagiann..nak carik org yg sayang kita..leh terima kita seadanya..leh terima family dan kita pun suka dia dan harap bleh hidup semati dgn kita.."ada ke lelaki mcm tu skang"..tu seme persoalan yg takde jwpn...yg aku bleh ckp bila org tanya.."takde jodoh lagi"..'dah smpi jodoh aku kawin"...tp jodoh yg dimaksudkan tu..aku kena carik ke..atau dia akan dtg sendirik ke..atau mmg dah ade dpn mata..tp aku tak perasan..atau aku perasan..tp buat2 tak tau...mmg susah kan..

tu baru sikit topik yg ade dlm kepala nih..x pasal keje lagi..ngan karenah org sekeliling...dgn tanggungjwab utk diri sendirik..mcm2...tapi aku hanya harapkan..agar kekuatan yg Allah dah bagi pd aku ni..aku blh gunakan utk hal2 yg mmg mmenigkan kepala nih..AMIN...

emm sorry la..mcm terpanggil nk luahkan isi hati kat sini..harap boleh clear sikit mind nih..:)

oklah..stop dulu...nanti smbung blk..daaaaa...