~TiK..ToK ~

Cuteki cute

Tuesday, August 28, 2007

Renungan...mmg sedih...

em ni aku nk kongsi satu cerita dr kwn aku yg m'ngajar kat satu sekolah di pedalaman Sabah.mmg menyayat hati.aku agaknya x setabah budak ni...sob..sob...





Dari `bumi yang indah ini' kudoakan kerahmatan dan kebahagiaan yang berkekalan buat kalian semua…..

Jika sblum ini kita begitu asyik untuk membicarakan soal pengorbanan,suka duka..jerit perih guru..tidak kira samada guru diBandar atau di pedalaman..tetapi sama ada kita sedar atau tidak atau sengaja kita buat2 lupa…pernahkah kita terfikir untk membicarakan tentang pengorbanan..keperitan..'jerit tangis".. anak2 didik kita??anak didik yang mungkin "terpinggir dan tersepit"di celah2 deretan setinggan.. atau permata Negara yang `terpinggir' nun jauh dibelantara??

Hari ini aku ingin berkongsi dengan kalian..kisah seorang serikandi `anak gadis suku kaum Bisaya'….namanya adik Darwinie Farinaak Light…beliau bukan secantik para "jelitawan"..bukan dari golongan bangsawan..beliau hanyalah seorang anak penoreh getah..IKHLAS sebagai seorang insan yang semakin meniti `dewasa' aku amat mengaguminya..kenapa??..aku kagum dengan "keazaman,semangat juang,akhlak dan segalanya..dan sesungguhnya anak kecil ini secara praktikalnya banyak mengajar aku bagaimana cara "menghargai dan menghormati" insan lain..


Tahun lepas buat pertama kali dalam sejarah masyarakat disini..kami berjaya melahirkan seorang pelajar 5A..kalau dibandar mungkin ungkapan 5A tidak membawa makna yg begitu besar..tapi bagi kami di sini, ia adalah sesuatu yg cukup " luar biasa"..ia adalah kejayaan yang amat "besar".. ia menjadi pengubat "kami" untuk melupakan sejenak "segala kekurangan" yang ada..Lebih manis kejayaan ini milik anak gadis "kental" yang tidak pernah kenal erti putus asa , yang "kehidupan malamnya".. hanya ditemani "cahaya" dari pelita minyak tanah


Aku ingin bawa kalian menyoroti kisah hidup anak gadis ini..rutin hariannya bermula jam 6pagi..dalam kedinginan subuh anak gadis ini berjalan kaki hanya ditemani seorang murid perempuan(adik Jessica sambat ..thn 5 skrang)dan seekor koyote(anjing jantan) meredah denai belantara…perjalanannya memakan masa lebih kurang satu jam..pernah sekali aku melalui denai itu…ya Allah aku hanya mampu "menggeleng kepala".."kubang babi" di merata-rata tempat…bolehkah kalian bayangkan suasana itu??(dengan segala kemungkinan yg tidak baik mungkin berlaku dlm belantara itu)..jika aku berada ditempatnya dalam usia yang sedemikian.. besar kemungkinan aku "tewas" dalam perjuangan itu…dan sepanjang aku mengenalinya,aku tidak pernah mendengar sebarang"keluhan" dari anak kecil ini..dia orang yang pertama tiba kesekolah..dia orang pertama yang bantu aku untuk menyediakan makanan dan air utk hidangan "RMT"….dan dialah selalunya menjadi orang `pertama' dalam segala hal..Dia lahir dalam sebuah kelurga yang berpegang kuat pada ajaran kristian Katholik..tetapi akhlaknya ..MasyaAllah..jika semua murid Islam lain disini boleh mencontohinya..aku yakin dengan sepenuh hati, kami yang "terbaik"….pernahkah kalian berjumpa seorang budak setiap kali bila berjumpa para guru..sanggup "membongkokkan badan" tanda hormat untuk sekadar mengucapkan selamat pagi,tengah hari atau petang...pernah kalian jumpa seorang budak yang menjadi "penunggu" setia di tepi pagar sekolah (tiap-tiap pagi walhal aku x pernah suruhpun…) semata-mata menunggu untuk mengambil bekalan makanan yang aku bawa dari pekan..dan paling buat aku "terharu dan menyentuh hati nuraniku hingga ke saat ini "


..dan `mungkin' tidak akan aku lupakan sampai akhir hayat aku..anak gadis miskin harta tapi kaya hati budi ini sanggup kumpul duit selama 4 bulan lebih..semata-mata untuk membelikan hadiah buat `semua' guru pada "hari guru" 2006….sedangkan pada hari aku terima hadiah itu aku sempat melihat "ibu jari kakinya"keluar dari kasut "Buruknya"….masyaAllah alangkah bertuahnya jika aku dikurniakan "permata hidup seindah akhlaknya"…Tahukah kalian apa hadiah yang aku terima dari anak gadis Kristian Katolik ini..?? sekeping kad ucapan "kreatif"yang dibuat sendiri(menggunakan kad manila dihiasi gambar `kartun dan bunga' dari majalah terpakai)" khas buat ustaz mohd effendi..selamat hari guru..terima kasih kerana mendidikku tanpa mengenal erti penat jemu"..dan sebuah Bingkai Kaca yang tertulis ayat suci Al Quran (x terlintas difikiranku untuk menerima "benda"' seumpama ini dari seorang penganut kristian)..ayat 25 dari surah asy-Syura…yang mafhumnya lebih kurang begini bunyinya.."dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambanya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.. dan buat pengetahuan kalian inilah hadiah paling "berharga" pernah aku terima setakat ini (bukan kerana harga..tapi sentimental "value"nya)..aku letak bingkai ni disebelah tempat tidurku..supaya aku boleh melihat nya setiap kali aku bakal melelapkan mata ini atau diberi kesempatan untuk bangun menghirup udara keesokan paginya….


Dan awal tahun ini aku sempat bertemu dengan "serikandi" ini..dia ada beritahuku dia mendapat tawaran ke SBP.. Di Miri..tp tawaran itu terpaksa di tolak kerana kesempitan wang..dalam ceria dan petah tutur bicaranya..dia sempat katakan sesuatu padaku.."xapala ustaz..dimana jua saya berada ..jika saya terus berusaha saya tetap akan berjaya"….sebuah kata keramat mungkin buat "dirinya".. walaupun pada hakikatnya ada nada "sebak" dihujung bicaranya….…...terima kasih tuhan kerana memberiku peluang "mengenali" insan seperti dirinya…..


Ini mungkin "perkongsian" terakhirku untuk sahabat semua..bukan apa.. malas aku nak ungkit "asam garam" kat sini..mohon maaf jika ada terkasar bahasa tersilap bicara..(terima kasih kepada cikgu@ustazahjunainah kerana "mengejutkanku' dari lena yangpanjang...cikgu…. ..CIKGU adalah "MURABBI', "MURSYID","MUADDIB",MUDARRIS", "MUALLIM")… tahu doh kan apa beza setiap "konotasi"ini? ..hehe..mungkin Ustaz Ekhwan, Ustaz Zaidan, Ustaz Lutfi,, boleh tolong jelaskan plak…Rasanya cukuplah 2 coretan untuk menggambarkan segalanya tentang `perjalananku' di sini....perjalanan yang cukup perit pada zahir tapi cukup indah kesannya pada "batin"..suatu hari nanti aku mungkin akan meninggalkan bumi `tarbiah ` ini..tapi sebelum ianya menjadi suatu yang `realiti'..aku akan sentiasa berdoa pada tuhan..moga aku diberi kekuatan, keazaman dan jiwa yang "tenteram"untukku "bentuk"satu generasi baru disni…generasi "Rabbani" yang sekurang2nya mampu mengalunkan bacaan ayat2 suci Al Quran..di kala terbitnya fajar dan terbenamya matahari….insyaAllah.."Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempa tberhijrah yang banyak dan rezeki yang "makmur"..dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah danRasulNYA, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah MahaPengampun, lagi Maha Pengasihani…(surah an nisaa':ayat 100.)



emm sama2 la kita amik iktibar dari cerita yg mmg byk membuka minda aku..yg kdg2 x rs syukur dgn apa yg ada skang..pdhal ramai lg yg nasib mereka lebih malang yg masih terima hidup mereka sebagai dugaan dari yang Maha ESA.

2 comments:

amdang81 said...

Na, mung kalu nak copy ke, ape ke.. edit la skit.. ni perenggan pun tak ada.. susah orang nak baca..

kadang-kadang benda baik dan cantik kurang nampak menarik sebab cara kita present.. macam katak sekalipun, letak dalam kotak, balut cantik2 org akan ingat hadiah yg mahal! gitu gak dengan cerita nih.. dah serabut, maka org x sudi nak baca...

itu sahaja komen aku pada hari ini.. sekian..

naszriza said...

emm makasih zedang..nanti aku ubah sket..:)

Post a Comment