~TiK..ToK ~

Cuteki cute

Tuesday, February 7, 2012

Lawatan Pemeriksaan mama hamil..(petikan dari Pa & Ma Edisi Feb 2012)

Salam kawan2..post kali ni i just nak share apa yg i ada baca dari majalah Pa & Ma edisi Feb 2012..mungkin berguna kepada bakal2 ibu baru mcm i ni..:) 

Pengalaman semasa hamil memang menyeronokkan. Melakukan pemeriksaan antenatal merupakan salah satu kenangan terindah buat seorang ibu.

Tahukah anda, sebaik mengetahui diri positif hamil, pemeriksaan antenatal samada di hospital kerajaan mahupun swasta mesti dijalankan.

Kekerapan pemeriksaan antenatal bergantung kepada jadual klinik antenatal dan nasihat doktor anda. Sebaiknya anda mulakan pemeriksaan antenatal di klinik lebih awal iaitu pada minggu ke-8 kehamilan.

Jika anda ibu pertama kali hamil, lazimnya memerlukan 10 lawatan antenatal iaitu minggu ke-16 atau sebelumnya, 18-20, 25,28,31,34,36,38,40 dan 41- jika belum lagi bersalin.

Kekerapan pemeriksaan antenatal ialah setiap bulan sehingga bulan ke-7, setiap 2 minggu pada bulan ke-8 dan setiap minggu pada bulan ke-9.

INFO PENTING:
1. Disarankan lawatan pertama sblm 4 bulan (minggu ke-16), lawatan ke 2 pada 6-7 bulan (minggu ke-24 sehingga 28), lawatan ke 3 pada 8 bulan (minggu ke-32) dan lawatan ke 4 pada 9 bulan (minggu ke-36).

2. Tekanan darah normal sewaktu hamil ialah 120/70 dan doktor akan memberi perhatian sekiranya tekanan melebihi 140/90.

0 comments:

Post a Comment