~TiK..ToK ~

Cuteki cute

Tuesday, February 7, 2012

Lawatan Pemeriksaan mama hamil..(petikan dari Pa & Ma Edisi Feb 2012)

Salam kawan2..post kali ni i just nak share apa yg i ada baca dari majalah Pa & Ma edisi Feb 2012..mungkin berguna kepada bakal2 ibu baru mcm i ni..:) 

Pengalaman semasa hamil memang menyeronokkan. Melakukan pemeriksaan antenatal merupakan salah satu kenangan terindah buat seorang ibu.

Tahukah anda, sebaik mengetahui diri positif hamil, pemeriksaan antenatal samada di hospital kerajaan mahupun swasta mesti dijalankan.

Kekerapan pemeriksaan antenatal bergantung kepada jadual klinik antenatal dan nasihat doktor anda. Sebaiknya anda mulakan pemeriksaan antenatal di klinik lebih awal iaitu pada minggu ke-8 kehamilan.

Jika anda ibu pertama kali hamil, lazimnya memerlukan 10 lawatan antenatal iaitu minggu ke-16 atau sebelumnya, 18-20, 25,28,31,34,36,38,40 dan 41- jika belum lagi bersalin.

Kekerapan pemeriksaan antenatal ialah setiap bulan sehingga bulan ke-7, setiap 2 minggu pada bulan ke-8 dan setiap minggu pada bulan ke-9.

INFO PENTING:
1. Disarankan lawatan pertama sblm 4 bulan (minggu ke-16), lawatan ke 2 pada 6-7 bulan (minggu ke-24 sehingga 28), lawatan ke 3 pada 8 bulan (minggu ke-32) dan lawatan ke 4 pada 9 bulan (minggu ke-36).

2. Tekanan darah normal sewaktu hamil ialah 120/70 dan doktor akan memberi perhatian sekiranya tekanan melebihi 140/90.

Sunday, February 5, 2012

Lunch utk suami tersayammm...

Salam kwn2,

Malu waseang nak taip post kali ni...tp tu la saje nak update sbb 1st time i masak kari ikan sakning utk lunch..tanpa tanya chef shakirah aka adik i yg mmg terror masak kat ganu tu, i dgn confident nya masak kari ikan utk suami tersayam..hahaha punya la cuak kalau2 jadi mende lain atas dapo tuuu...

lps siap msk and dah rasa kari ikan tu...selera tekak i ni kata cam dah ok laa...hahahah padahal sedap kan ati je kata gtu..pastu nak tambahkan sket lauk ari ni, i just goreng telur dadar je penambah rasa kalau2 kari ikan tu FAIL..hahaha punya la x confident tuan punya badan ni..

time nak makan, encik suami kata.."emm look nice"..hahah dlm ati "don't judge a book by its cover encik suami"..hahahah dah makan tu, dia pun komen la, ok not bad kari ni..cuma dia tu bkn fan of fish so dia kata next time kalau masak kari gini, tukar ayam lak..hahahah ok la encik suami, u dah puji pun dah kira okeyy!!...

ok lah, lps ni bertekad lah nak improve my skill utk memasak..sejak2 ade penghuni kecik dlm peyut i ni, selera kadang2 pusing2..kejap nak mkn tu, kejap nak makan ni..plak tu slalu je nak mkn jenis2 mskn t'ganu..nak cari kat kl ni, bkn seme tempat sodap plak tu...

tadi hajat ati nak amik gmbr kari ikan tu...tp ku batalkan hasrat sbb mcm x layak je utk ltk gmbr tu dlm ni..kah3 nanti bila i dah terror msk sket, i amik gmbr2 mskn i and i post kat sini ok..:)

ok, nak stop smyg asar sat..sblm say BYE, nak ucapkan salam Maulidur Rasul utk semua rakan2 dan juga sape2 yg membaca entry kali ni...ok ADIOS AMIGOS..